Sabtu, 16 Mei 2009

APA YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT KITA SEKARANG INI


Kejahilan dan kedangkalan utk tidak
mendalami ilmu agama boleh menyebabkan
seseorang itu terikiut-ikut dengan
tindakan, penerampilan cara hidup
orang kafir.

Hal ini berlaku dalam
masyarakat kita skung ini, di antara
kawan2 kita sama ada ipta, institut perguruan
tidak kira yang muda,tua, yang dok p masjid pun
kadang2 ternampak..mungkin mereka ini..tidak mengetahui
saya berharap kita sedar akan kejahilan yang berlaku
dalam masyarakat kita hari ini...

benda ini sudah lama sebenarnya..
tapi hari
ini saya terpanggil untuk membincangkan
perkara ini..

Musuh Islam merancang termasuk dalam
bidang perubatan agar orang Islam
terjebak untuk menerima cara yang
diperkenalkan. Sebagai contoh mereka
menciptakan alat bagi mengurangkan
tekanan darah dalam bentuk gelang
tangan, bagi orang Islam yang tipis
imannya akan menerimanya sebagai satu
kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh
di gunakan, tetapi kerana memakai
gelang itu adalah dilarang untuk
dipakai oleh lelaki Muslim, maka
itulah cara terbaik diperkenalkan oleh
musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah
s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak
akan menjadi umat yang kuat untuk
menghadapi kemaraan musuh mereka.

disini penjelasan yang jelas,semoga yang membaca
ruangan ini...sedar..dan hadir dalam hati rasa
ingin berubah

Larangan memakai gelang tangan wlpun
untuk tujuan kesihatan, telah
ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.:
Hadis Imran bin Hussein r.a.,
bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah
melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang memakai gelang yang
diperbuat daripada tembaga, maka
baginda bertanya kepada lelaki
berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu
berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya
benda itu tidak memberi apa-apa(faedah
wlpun utk tujuan perubatan),buangkan
benda itu drp. diri anda, jika
sekiranya anda mati dan benda itu ada
pada diri anda, maka anda tidak akan
berjaya (selamat) untuk selama-
lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885
Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini,
melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan,
menteri2 bahkan perdana menteri sekali
pun...sesungguhnya mereka semua telah
tertipu dengan perancangan musuh yang
mahu menghancurkan pegangan akidah
umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana
gelang hitam diberikan sebagai hadiah
orang yang baru balik dari
Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh
Tabung Haji kepada jemaah haji apabila
berada di Tanah Suci supaya faktor
mudah di kenali atau sebarang kes
hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan
bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila
berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di
hospital (di tanda nama pesakit dan
wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai
oleh penjenayah yg telah di tangkap
polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai
sangat, maka dia hendaklah berusaha
menjadi salah satu daripada 3 golongan
ini .

wallhualam.

Tiada ulasan: