Selasa, 5 Mei 2009

Petua menjelang peperiksaan (IPGM kampus Pulau Pinang)




PENYAKIT LUPA DAN RAHSIA MENGUATKAN DAYA INGATAN


Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

KEUTAMAAN AIR ZAM ZAM


Jabir r.a. berkata : daku dengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda : "Zam-zam adalah penghasil bagi segala tujuan apakala ianya diminum untuk itu."

Hadis yang lain menyatakan ; "Jikalau kamu meminumnya untuk menghilangkan dahaga, ia akan terhasil demikian dan jikalau kamu meminumnya untuk memenuhkan perut sebagai ganti makanan, ia akan terhasil demikian dan jikalau kamu meminumnya untuk menyembuhkan daripada beberapa penyakit ia akan terhasil demikian. Ini adalah khidmat daripada Jibrail a.s dan ianya adalah cara Ismail a.s."

Maksud daripada ‘Khidmat daripada Jibril a.s. ialah iaitu melalui usaha giat daripada Jibrail a.s. maka perigi itu dibuka. Kisahnya sudah diketahui.



Sufiyan bin Uyayna rahmatullah alaihi adalah seorang ahli Hadith yang masyhur : Satu ketika seorang datang menziarahinya dengan berkata : "Adakah tuan percaya bahawa sabdaan Rasulullah s.a.w. yang berikut ini ialah sebuah Hadith yang benar riwayatnya : "Zam-zam adalah penghasil bagi segala tujuan apakala ianya diminum untuk itu." Sufiyan rahmatullah alaihi menjawab: "Ya, ianya benar." Orang itu menjawab : "Baiklah, saya telah meminum zam-zam untuk tujuan demikian bahawa tuan hendaklah membacakan pada saya dua ratus Hadith." Sufiyan rahmatullah alaihi menyuruh orang itu duduk dan membacakan dua ratus Hadith dan juga berkata : "Umar r.a pernah berkata ketika meminum zam-zam: "Ya Allah, daku meminumnya sekarang dengan niat menghilangkan dahaga di Hari Qiamat."

Sekali Rasulullah s.a.w menyuruh Ibn Abbas r.a. membawakan zam-zam. Ibn Abbas ra.a menjawab bahawa terdapat air yang bersih di dalam rumah, yang mana beliau fikir adalah lebih baik diberikan kerana air yang ini (zam-zam) telah disentuh oleh banyak tangan. Rasulullah s.a.w menjawab : "Tidak, berikan kepadaku yang mana diminum oleh semua orang." Ibn Abbas r.a. membawa air tersebut dan Rasulullah s.a.w meminumnya, dan menuang di atas matanya, kemudian dia meminumnya untuk kali keduanya dan sekali lagi menuangkan ke atas dirinya." Rasulullah s.a.w juga bersabda: "Diantara kita orang-orang beriman dan orang-orang munafik ialah dengan perbezaan yang ini iaitu kita dapat meminum (mengisi) dengan sebanyak-banyaknya dengan zam-zam sedangkan mereka hanya dapat minum sedikit."

Sebuah Hadith yang lain menyatakan: "Satu ketika Rasulullah s.a.w. memerintahkan bahawa sebuah baldi diisikan dengan zam-zam. Baldi tersebut telah diletakkan di tepi perigi. Rasulullah s.a.w mengambil baldi itu dan berkata: "Bismillah" dan meminumnya dengan masa yang agak lama. Kemudian Baginda menjauhkan baldi itu daripada mulutnya dan berkata: "Alhamdulillah." Kemudian Baginda sekali lagi berkata "Bismillah," dan meminumnya untuk beberapa lamanya yang pada akhirnya Baginda bersabda: "Perbezaan antara orang-orang Munafiq dengan kita ialah mereka tidak dapat minum zam-zam dengan banyaknya."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Dirikan solat di tempat-tempat solat orang yang taqwa dan saleh dan minumlah air-air mereka." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w. apakah dia tempat-tempat solat orang-orang yang soleh?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Dibawah Mezabur-Rahmah." Kemudian para sahabat bertanya: "Dan apakah pula ya Rasulullah s.a.w. air orang-orang yang saleh?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Zam-zam."

Aisyah r.a. pernah membawa Zam-zam bersama-samanya daripada Mekah dan meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah membawa Zam-zam bersama-samanya. Menurut Hadith tersebut Rasulullah s.a.w. pernah membawa zam-zam bersama-samanya dan digunakan untuk memercikkannya keatas orang-orang yang sakit dan pada masa tahneek Hassan dan Hussin r.a . Baginda memberi mereka minum.

[Tahneek bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam mulut bayi pertama kalinya selepas kelahirannya]


Kelebihan Zam-zam ini dapat diceritakan sebagaimana semasa Mikraj, Jibrail a.s. membawa daripada syurga sebuah mangkuk emas dan datang bersama-sama Buraq daripada syurga. Tetapi untuk mencuci hati para-para Nabi dia menggunakan zam-zam daripada Mekah, sedangkan dia begitu banyak sekali membawa benda-benda daripada syurga, kalau dia mahu boleh sahaja dia membawa air daripada Syurga.

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w meminum Zam-zam, Baginda membaca doa yang berikut ini : "Ya Allah, kurniailah daku dengan ilmu yang bermanafaat, rezeki yang banyak dan sembuhkan daripada segala penyakit."

[Dipetik dari buku ‘Fadhilat Haji‘ ditulis oleh Shaikhulhadith Maulana Muhammad Zakariyya ]

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM

1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. I! anya juga boleh menguatkan organ hati.

4. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

7. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9. Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10. Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing! . Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12. Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam bet! ina yang tidak bertelur.

15. Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.


16. Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

17. Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

1! 9. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20. Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21. Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

2 ulasan:

Mohd Nuruddin Mohamed berkata...

Assalamualaikum. W.B.T

Salam Ziarah. Wah.. Malu ambo dengan demo kim. Ingat lagi ana?
Free2 lawatlah lamanku, merapatkan ukhwah, mengenang nostalgia lama.
www.nuruddinzenki.blogspot.com


Salam Ukhuwah

Hakeem.. berkata...

ingat2...sek2 mahad ingat blako..jange gitu...ambo pun malu gok demo..insyallah ukhwah kita kekal..walaupun berjauhan..apo2 inform la...kot2 nok wat kenduri ko...hehe