Assalamualaikum
...pada zaman Rasulullah dalam beberapa keadaan baginda akan membenarkan sahabat untuk berijtihad apabila tiada nas sandaran daripada al quran al hadis.contohnya, peristiwa Muaz bin jabal dihantar menjadi gabenor di Yaman(hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
dalam peringkat yang pertama bolehlah disimpulkan
-bersifat umum dan diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun dan beberapa bulan(menurut ulum quran terdapat beberapa kekhilafan mengenai jumlah bulan selepas 22 tahun).contoh ayat mengharamkan arak diturunkan sebanyak tiga kali..
- hukum dikurangkan sehingga sedikit mungkin, dengan tidak mewujudkan perundangan bagi perkara ra'yi(yang akan berlaku) dan belum lahir.contoh, nabi melakukan solat terawih dengan tidak berjemaah kerana dikhuatiri akan disangka menjadi suatu hukum yang wajib....tidak mewajibkan bersiwak
-hukum yang dikeluarkan adalah bersifat meringankan beban..Ini adalah berdasarkan ayat daripada surah Al Nisa 28, dan terdapat ayat yang menyebut mengenai keringan ayat ini pada ayat hukum fardhu berpuasa di dalam surah Al Baqarah..128
-Hukum yang dikeluarkan adalah bersifat selanjar dengan kemaslahatan zaman..
peringkat kedua- peringkat ini adalah peringkat di zaman sahabat.zaman ini masih lagi kuat berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah. Sahabat akan berijtihad pada perkara yang tiada nas mutlak dari kedua sumber..Antara ahli ijtihad ialah Abu Bakar, umar, dan khalifah yang lainnya, Aisyah juga diambil pandangannya selaku orang yang paling mengetahui kehidupan nabi, dan terdapat sahabat lain seperti Abu Hurairah yang menjadi tempat rujukan hadis.contoh ijtihad Abu Bakar mengenai peristiwa riddah, ijtihad Umar dalam pentadbiran baitulmal, dan penubuhan Surtah dan sebagainya..
peringkat ketiga- peringkat tabien, dan tabi' tabien..zaman adalah antara 3 hingga 5 abad selepas hijrah.pada zaman telah banyak muncul masalah yang tidak wujud pada zaman nabi dan para sahabat.para mujtahid mula muncul bagi menyeledaikan kemaslahatan pada zaman mereka,telah terdapat pembukuan hadis secara lebih teratur. pada zaman ini secara kasarnya terdapat 2 aliran fekah iaitu aliran Ra'yi yang dipelopori oleh imam abu hanifah yang berpengaruh di Kufah dan aliran al hadis oleh imam malik yang berpengaruh di madinah.Mazhab syafie muncul agak terkemudian kira-kira abad 4 hijrah dan bersifat wasata antara kedua aliran ini memandang Imam Syafie mempelajari Fekah daripada kedua-dua tokoh ini.dan kemudian lahirlah mazhab hambali Oleh Imam Ahmad bin Hambal yang keluar daripada mazhab Syafie. antara mujtahid pada zaman ini ialah 4 imam bagi feka, Syihab Al Zuhri, n Qadi Muhammad ibn Abd Rahman Rahmahramuzi bagi ilmu hadis.Antara hasil yang menjadi rujukan dan kajian ialah kitab Al Risalah yang ditulis oleh Imam Syafie mengenai Usul Fiqh.Ini adalah kitab pertama yang membincangkan mengenai usul fiqh sebelum dikemas kini dengan lebih teratur oleh imam Ghazali Al Syafie dalam kitabnya Usul Al Fiqh..
Nota: Abad 3 hingga 5 hijrah adalah zaman yang dikategorikan sebagai zaman salaf.
: ayat muqayad adalah ayat yang mempunyai tafsiran pelbagai
: dalil qati' meliputi Al Quran dan Sunnah manakala, zanni adalah bermula dari Qias, mursalih mursalah,uruf dan lainnya
: Syihab Az Zuhri adalah pengasas ilmu Hadis Riwayah( ilmu hadis yang
membincangkan mengenai perkara yang dinaqalkan kepada Nabi)
: Qadi Muhammad Ramahramuzi adalah pengasas ilmu hadis Dirayah(
ilmu hadis yang membincangkan sanad dan matan hadis).
..selepas ini kita akan membicarakan mengenai qawaid Fiqh dan pembahagiannya, sesungguhnya penulisan ini masih lemah dari sudut ilmu dan bahasanya.segala teguran adalah dialukan
Sabtu, 28 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan