Bersatu pelihara Islam
Oleh: WAN MOHD. HAFIZ WAN HAMZAH
SEJAK kejatuhan Khalifah Uthmaniah secara rasminya pada tahun 1924, sehingga kini, sudah hampir 82 tahun, umat Islam kehilangan arah. Bagaikan hilang tempat berpaut, begitulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem kekhalifahan terakhir umat Islam, sejak dari zaman Rasulullah s.a.w.
Kecelaruan dan huru-hara dalam dunia Islam bertambah jelas, apabila pada tahun 1948, Baitulmaqdis berjaya di tawan oleh rejim Zionis. Kejatuhan Palestin itu sebagai satu tanda besar, betapa gentingnya situasi umat Islam dari sudut kekuatan dan kesatuan matlamat pada hari ini.
Kejatuhan Baitulmaqdis, sebenarnya adalah simbolik kepada kekalahan umat Islam. Jika dulu, tentera salib terpaksa berputih mata, apabila Sultan Salahuddin al- Ayubi berjaya menawan kembali Baitulmaqdis.
Tetapi kali ini, pada hari ini dan saat ini, giliran umat Islam pula berputih mata lantaran kegagalan umat Islam sendiri mempertahankan Baitulmaqdis daripada dirampas kembali oleh Yahudi dan Nasrani.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika tentera rejim Zionis berjaya menawan Baitulmaqdis, mereka menari di sekelilingnya. Mereka menari sambil menyanyikan lagu, bermaksud, “Agama Muhammad sudah mati. Tentera Muhammad sudah tiada. Umat Islam sudah tidak ada laki-laki yang berani mempertahankan masjid mereka. Agama Muhammad sudah mati.”
Itulah yang didendangkan oleh golongan itu, sebaik Al-Aqsa berada dalam genggaman mereka. Itulah yang dijeritkan oleh mereka kepada umat Islam yang dianggap bacul, kerana tidak mampu lagi mempertahankan hak mereka.
Tapi, salahkah golongan Yahudi mengambil kesempatan? Salahkah mereka bertindak sedemikian kerana keadaan umat Islam yang daif dan lemah pada zaman ini? Jika lemah dari segi ekonomi sahaja, mungkin itu boleh diusahakan. Tetapi lebih malang lagi apabila umat Islam hari ini lemah iman, yang sebenarnya menjadi punca kepada apa jua kekuatan untuk kejayaan dan kebaikan dalam kehidupan di dunia ini.
Umat Islam perlu berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka. Umat Islam hari ini, tidak boleh hanya membantah melalui demonstrasi, seminar, kertas kerja, berbual sambil makan-makan dan perkara yang seumpamanya.
Umat Islam juga perlu berhenti berbalah tentang kereta Mercedes, sembahyang imam kerajaan atau imam parti politik, atau Hizbullah itu Syiah. Ataupun menimbulkan persoalan perbezaan pendapat seperti wujudnya azab kubur atau tidak, yang sebenarnya tidak mendatangkan faedah bagi membangkitkan kembali ketamadunan Islam.
Sikap suka menyalahkan orang lain, mempertikaikan orang lain, atau berbalah mengenai hal-hal syariat, tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan melainkan bakal mengundang perpecahan yang lebih parah.
Umat Islam perlu melihat dari akar umbi.
Mengapa umat Islam kini berpecah belah? Faktor kekurangan ilmu yang membawa kepada permusuhan dan bersikap asyhobiah merupakan salah satu faktor utama umat Islam berpecah belah. Kita saling tuduh menuduh antara satu sama lain bersikap asyhobiah, sedangkan tanpa disedari, masing-masing sebenarnya mengamalkan sikap asyhobiah.
Hari ini, untuk membina kekuatan, umat Islam perlu bersatu di bawah satu panji-panji dan kalimah. Seperti mana Nabi s.a.w. diizinkan Allah s.w.t. untuk menyatupadukan hati kaum Auz dan Kharaj, seterusnya kaum Muhajirin dan Ansar melalui strateginya, itulah yang perlu dilakukan oleh umat Islam hari ini.
Tetapi, persoalannya siapakah yang perlu membangkitkan suara-suara perpaduan seperti ini? Siapakah hero dari kalangan kaum Muslimin yang dapat menyatukan kembali umat Islam di serata dunia?
Mungkin ramai yang memberi jawapan, akan bangkit seorang pembaharu agama berdasarkan hadis berkenaan kemunculan Imam Mahdi. Benar atau tidak hadis berkenaan, usah dipersoalkan tetapi soalnya, apakah umat Islam hanya perlu berpeluk tubuh dan menanti kedatangan penyelamat serta hanya bersikap berserah diri?
Bukankah di dalam al-Quran memerintahkan supaya umat Islam berusaha? Bahkan, Saidina Umar al-Khattab sendiri mengatakan bahawa rezeki tidak akan turun dari langit. Selepas berusaha, al-Quran juga memerintahkan umat Islam agar membuat keputusan, dan seterusnya bertawakal kepada Allah s.w.t. di atas apa yang telah diputuskan.
Umat Islam hari ini perlu ada perancangan. Sekiranya ada musuh-musuh Barat, sedang merancang untuk membenam kebenaran Islam, maka menjadi tanggungjawab umat Islam pula untuk merancang dan merencanakan agar usaha musuh Islam itu tidak berjaya.
Umat Islam tidak boleh hanya duduk berpeluk tubuh dan menunggu kedatangan seorang penyelamat seperti sikap seorang yang pemalas.
Dalam Islam, secara prinsipnya, manusia itu perlu berusaha dan merencana. Tetapi, dalam hal-hal kejayaan atau kegagalan, bukanlah urusan mutlak di tangan manusia. Kejayaan dan kegagalan adalah hak Allah s.w.t. Dan umat Islam perlu berusaha supaya Allah s.w.t. berkehendak memberikan kejayaan kepada kita.
Dalam zaman ini, umat Islam perlukan seorang hero baru. Semangat dan perjuangan perlu dimulakan pada saat dan hari ini. Umat Islam hari ini, terutama di kalangan pemuda
Khamis, 26 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan