CINTA KEPADA ALLAH S.W.T
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima & lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
MABUK DAN CINTA TERHADAP ALLAH
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
CINTA
Kepada Sahabat 2 ku yang ..............MASIH SINGLE
CINTA ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu...di saat kau tak menduganya.
CINTA bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima. Jadi.........tenang-tenang saja, jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik.
Kepada Sahabat 2 ku yang...........SUDAH MENIKAH
Kalau Cinta jangan katakan "Ini SalahMu", tapi "Maafkan aku, ya?" Bukan "Kau dimana!", melainkan "Aku disini, kenapa?" Bukan " Kok bisa sih kau begitu!" tapi "Aku ngerti." Dan juga bukan "Coba, seandainya kau..." akan tetai "Terima kasih ya, kau begitu...."
Kepada Sahabat 2 ku yang...................BELUM PERNAH JATUH CINTA
Bagaimana kalu jatuh cinta: Mau jatuh jatuhlah tapi jangan sampai terjerumus, tetaplah konsisten tapi jangan terlalu "ngotot", berbagilah dan jangan sekali-sekali tidak fair, berpengertianlah dan cobalah..untuk tidak menuntut, siap2 lah untuk terluka dan menderita, tapi jangan kau simpan rasa sakitmu itu.
Kepada Sahabat 2 ku yang ........................TAKUT MENGAKUI
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Itu malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan Mu. Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kau cintai samasekali tidak mengetahui perasanmu (terhadapnya).
Kepada Sahabat 2 ku yang.........MASIH BERTAHAN MENCINTAI
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta, hanya kemudian pada akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu...dan kau telah menyiakan bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarangpun ia sudah tak layak, 10 tahun dari sekarang pun ia juga tak akan layak. Biarkan dia pergi, lupakanyaaaa...................tambahan pulak jika tidak mendapat restu dari orang tua...............
MUHASABAH DIRI
Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! J )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA - direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku.
Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA.
Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih… what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA.
Rindulah!Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire …billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…pastu pandai-pandailah membalas budi..Tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc… DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni! KEKASIHKU..
AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T. … CINTA TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.
Cinta dan Pengorbanan
Cinta sejati akan sentiasa diuji untuk dilihat sehebat mana cintanya itu. Cinta sejati juga memerlukan pengorbanan untuk membuktikan keikhlasannya dalam bercinta. Kisah cinta sesama manusia memang sentiasa hebat diperkatakan, namun ianya hanyalah sementara di persinggahan negeri yang bergelar 'dunia'. Kisah cinta seorang hamba kepada Khaliqnya banyak dipaparkan di dalam al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. serta paparan kisah umat-umat terdahulu. Kisah cinta dan pengorbanan yang sejati boleh kita susuri dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. yang telah dipaparkan di dalam al-Qur’an al-Kareem. Setelah beliau mengenal dan mengetahui siapa Tuhannya yang hakiki, beliau pun terus jatuh cinta kepadaNya. Kemudian Tuhannya pun berkenan Menyambut cintanya itu dan Menjadikannya sebagai kekasihNya (Khalilullah).“Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai kekasihNya” (QS:4;125). Oleh karena Nabi Ibrahim a.s. begitu memahami pengertian cinta sejati dan tuntutan ke arahnya, maka beliau sanggup berkorban untuk Yang dicintainya karena memang cinta menuntut kepada pengorbanan. Di atas Ketentuan Kekasihnya, Ibrahim as diminta untuk mengorbankan satu-satunya putera kesayangan beliau iaitu Ismail a.s. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya menunggu kehadiran cahaya hati, namun di atas Iradah Kekasih hati beliau rela melepaskan puteranya itu untuk menjadi korban.
Itulah sekelumit kisah cinta antara seorang hamba dengan Khaliqnya. Kisah ini sungguh menyayat hati, yang tersirat di dalamnya pengorbanan seorang ayah dan pengorbanan seorang anak yang sanggup dikorbankan. Ia lahir dari penghayatan akan cinta yang amat mendalam kepada Rabbul Izzati. Begitu juga kisah syahidah pertama dalam Islam iaitu Sumayyah r.a. Beliau rela mengorbankan jiwa raganya demi mempertahankan akidah yang dicintainya. Sayyidina Ali k.w. pula walau dalam usia remaja, sanggup menggantikan Rasulullah s.a.w. di tempat tidurnya sewaktu peristiwa hijrah. Walaupun diketahui maut pasti menantinya, tapi demi kecintaannya yang tinggi kepada kekasih Allah beliau rela berkorban.
Sayyidina Abu Bakar al-Shiddiq r.a. pula sangat terkenal dalam kehebatan cintanya terhadap al-Rasul Khatimul Anbiya'. Beliau rela membiarkan tangannya dipatuk ular ketika Rasulullah s.a.w. sedang tertidur di pangkuannya di dalam gua. Beliau tidak sanggup tubuh orang yang dicintai lagi dikasihinya dijamah dek kesakitan. Satu contoh pengorbanan yang sungguh hebat dan tidak mampu dilakukan oleh kita yang terlalu dhaif imannya iaitu senipis kulit bawang....
Siri-siri pengorbanan seterusnya disambung pula oleh para mujahideen khususnya di Palestin dalam memperjuangkan Islam tercinta dan membebaskan tanahair dari kezaliman puak zionis laknatullah. Mereka rela nyawa sebagai taruhan dari Islam dipijak-pijak oleh puak kuffar laknatullah. Ini kerana SYAHID FISABILILLAH adalah cita-cita.
Demikianlah antara kisah cinta sejati, pengorbanan hakiki, yang pasti balasannya syurga Ilahi. Bagaimana pula dengan kita??? Apakah bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya? Jauh sekali mempertaruhkan nyawa, namun untuk melawan godaan nafsu pun masih tidak mampu. Adakah kita layak untuk mendapat tempat disyurgaNya? Sungguh malu rasanya jika difikirkan perbezaan iman umat terdahulu dan kita umat akhir zaman....Sempena 'Idul Adha ini, marilah kita menginsafi sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan dalam perjuangan ini....bagaimanakah nasib kita di Akhirat kelak....Wallahu'alam bissawab...
CINTA, KASIH, SAYANG......
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
cinta, kasih,sayang, hati
Author: Sayang Asmarina
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?
CINTA
Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.
Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.
Kepada siapakah kata-kata ini saya tujukan? Saya tujukan kepada setiap lelaki dan setiap perempuan, kepada setiap suami dan juga setiap isteri.
Dengan itu mengharapkan berkuranganlah isteri yang mengadu, suaminya begitu sampai hati melukakan hatinya setiap hari. Semoga dengan itu, berkuranglah kata-kata suami yang berbentuk sindiran, menghina dan membanding-bandingkan isterinya dengan orang lain. Mengapa mesti menyeksa insan yang paling hampir? Apa jua situasi yang mungkin dilalui kini, dia adalah yang terdahulu merasai susah-senangnya.
Awal perkahwinan mungkin tidak semewah hari ini. Kala itu dialah yang telah bertungkus-lumus untuk merealitikan sesuatu kehidupan agar menyamai orang lain. Pada saat ini, setelah getirnya dilalui, tatkala saat menikmati seronoknya, dia diketepikan.
Cinta telah dibekalkan kepada setiap insan. Dengan cintalah kehidupan dapat dijalani dengan penuh kenikmatan. Tanpa cinta semuanya menjadi hambar, ibarat kopi tanpa gula dan susu.
Tapi tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Perkataan cinta memang mudah dan indah disebut, tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini jika trsembunyi niat-niat yang tidak baik di hati anda terhadap pasangan anda itu. Anda tidak layak melahirkan perkataan ini jika ia bertentangan sama sekali dengan apa yang tersembunyi di hati.
Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Semuanya ini meruntun rasa tanggungjawab anda.
Saya pernah diberitahu oleh seorang surirumah tentang suaminya yang suka membanding-bandingkan dirinya dengan perempuan-perempuan lain. Setakat perempuan lain masih tak mengapa, tapi dengan perempuan yang menjadi girlfriendnya. Setakat girlfriend sahaja barangkali masih tak mengapa, tapi dengan girlfriend yang dikatakan akan dikahwininya.
Lebih menyakitkan, si suami pulang dengan membawa hadiah yang hendak diberikan kepada girlfriendnya itu. Setakat hadiah mungkin tak mengapa lagi, tapi dengan kata-kata, "Hah, jangan usik. Bukan untuk engkau. Engkau mana layak pakai kain mahal macam tu. Muka engkau tu dah tak ada harga. Muka seposen!"
Kalau sudah sampai ke tahap ini, melampau namanya. Saya sangka dialog ini seperti ini hanya ada pada drama Melayu di tv tapi rupa-rupanya benar-benar terjadi. Sebagai lelaki saya berasa
malu ada suami yang sanggup berlaku demikian terhadap isterinya.
Untuk suami yang begini, saya ingin bertanya, apakah tujuan anda berkahwin dengan isteri anda dahulu? Apakah anda dipaksa, diugut atau dibayar untuk melafazkan ijab dan kabul? saya percaya sudah tentu tidak, malah anda barangkali yang 'tergila-gila' terhadapnya dan melakukan pelbagai cara untuk memenangi hatinya. Mungkin juga isteri anda yang memikat anda terlebih dahulu. Apapun, matlamatnya sama iaitu untuk saling mengenali dan mencari keserasian.
Apa yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk memperisterikannya? Kebaikannya, kecantikannya, kesabarannya, hati budinya, tutur katanya yang memikat, malah mungkin kesemuanya sekali.
Memang sesuatu yang kita pandang dari jauh lebih memikat sehinggalah kita dekati. Seperti kita menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya. Tetapi setelah didekati, tidak sepanjang masa bayu laut menghembus, tidak semua pantai pasirnya halus dan bersih.
Demikian juga perkahwinan. Dahulu sebelum berkahwin angan-angan membuahkan perasaan yang muluk-muluk dan sangkaan yang indah-indah tapi setelah berkahwin perbagai perkara kian nyata. Biar apapun keadaannya, bukankah setiap insan itu ada kebaikan dan keburukannya, ada kelebihan dan kelemahannya. Jika ada sesuatu yang bururk pada dirinya, apakah diri anda okey semuanya? Jika anda pun demikian dan dia boleh menerima anda dengan keburukan yang ada pada diri anda, mengapa tidak anda?
Apa yang sebenarnya kita mahukan daripada sesebuah perkahwinan? Perkahwinan adalah kemuncak kepada kebahagiaan. Ia bagaikan stesen menyedia sebanyak-banyak bekalan sebelum beralih ke alam kehidupan lain-yang lebih abadi. Malang sungguh jika anda menjadikan perkahwinan sebagai stesen penghimpun dosa, sebagai stesen menyeksa
kehidupan anda sendiri,yang sepatutnya anda kecapi dengan penuh kenikmatan, kebahagiaan bersama seluruh ahli keluarga anda.
Kasihanilah diri anda sendiri kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia. Wanita adalah penyeri kehidupan. Titipkanlah rasa cinta, kerana hanya kitalah makhluk yang dijadikan ALLAH mampu melafazkan perkataan ini untuk dinikmati oleh pasangan-pasangan kita. Buktikan kita insan bahagia, agar kebahagiaan bermula di sini dan berkekalanlah di sana... ."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan